Sekolah Agama Batu Anam, Jalan Sekolah Agama, 85010 Segamat, Johor Darul Takzim.

Sabtu, 6 Oktober 2012

video

Peribahasa

Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya.

Maksudnya:

Jangan menempah bala berlawan dengan orang yang lebih kuat atau bersenjata, kelak diri sendiri akan merana.

Peribahasa

Amra disangka kedondong.

Maksudnya:

Sangkaan buruk terhadap sesuatu yang sebenarnya baik.

Selasa, 2 Oktober 2012

Peribahasa

Ada rotan, ada duri.

Maksudnya:

Sebelum berjaya mencapai kesenangan terpaksalah mengharungi kesusahan terlebih dahulu.

Peribahasa

Ada nasi di balik kerak.

Maksudnya:

Apa yang disangka sudah selesai rupa-rupanya masih ada yang tinggal atau belum dihabiskan lagi.
Peribahasa

Ada gula ada semut

Maksudnya:

Di mana ada peluang untuk membuat keuntungan, di situlah orang berkumpul.

Ahad, 16 September 2012

Peribahasa

Api padam puntung berasap.

Maksudnya:

Sesuatu yang telah aman atau selesai, kini timbul atau berbangkit semula.