Sekolah Agama Batu Anam, Jalan Sekolah Agama, 85010 Segamat, Johor Darul Takzim.

Ahad, 6 Jun 2010

Jenis - jenis karangan

Salleh Mohd. Akib (1975) membahagikan karangan kepada tiga jenis dan ini patut diketahui oleh tiap - tiap orang guru bahasa:
- karangan lisan
- karangan bertulis
- karangan terkawal

Aktiviti -aktiviti lisan dalam P&P Bahasa Melayu

Aktiviti - aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temubual dan lain - lain seumpamanya adalah bentuk - bentuk aktiviti yang membolehkan murid - murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan sehari - hari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri - ciri prosodi dapat dipraktikkan.
Aktiviti - aktiviti di atas bolehlah dijadikan rangasangan atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas.


Selasa, 1 Jun 2010

common proverbs

Charity begins at home
(a person 's first duty is to help the member of his own family).

Common proverbs

Blood is thicker than water
(The ties of relationship are real: we care more for relatives than for strangers)

Selasa, 11 Mei 2010

Tazkirah Hari Ini

Tidak selamat bagi umat yag hidup di muka bumi ini tanpa berbuat kebaikan dan takut mencegah kemungkaran, maka akan datang bala bertimpa - timpa.

Jumaat, 7 Mei 2010

Permintaan Rasulullah SAW agar mengucap salam

Abu Al-Muzaffar Hanad ibnu Ibrahim an-Nasafi telah berkata : "Aku telah melihat Nabi SAW di dalam mimpi. Baginda seperti tidak mahu mempedulikan aku. Aku menghulurkan tangan kepadanya dan aku cium tangannya."

Aku berkata : "Ya Rasulullah , aku dari kalangan ahli hadith dan ahli sunnah. aku dagang."

Rasulullah SAW tersenyum melihatku dan berkata : "Apabila engkau berselawat ke atasku, kenapa engkau tidak mengucap salam?"

Selepas daripada itu aku pun menulis, "Sallallahu'Alaihi Wasallam."

Doa yang dimakbulkan

Al-Fakhani menceritakan suatu kisah daripada salah seorang soleh yang pernah memberitahunya bahawa ia telah melihat Nabi s.a.w di dalam mimpinya.

Beliau berkata : ''Ya Rasulullah, engkau telah bersabda : {Tidak ada dua orang yang berkasih sayang kerana Allah ketika bertemu akan saling berjabat tangan}

Nabi s.a.w berkata : {Mereka berdua tidak akan berpisah sehinggalah Allah mengampunkan dosa-dosa mereka berdua lalu dan akan datang. Dan doa di antara dua selawat ke atasku tidak akan ditolak}.

Sabtu, 1 Mei 2010

Kelebihan ucapan "Wasallam"

Juga daripada Abu Sulaiman Muhammad ibnu Hussein, beliau berkata : "Aku bermimpi bertemu dengan Nabi Munhammad SAW. Baginda berkata kepadaku:

'Wahai Abu Sulaiman, apabila engkau menyebutku di dalam hadith , maka berselawatlah ke atasku dan jangan lupa menyebut "Wasallam". Ia empat huruf dan setiap huruf pahalanya adalah sepuluh. Jika engkau tinggalkan bererti engkau tinggalkan empat puluh pahala.

Isnin, 19 April 2010

Guru pilihan Rasulullah SAW

Ar-Rasyidul'Atar menyatakan bahawa Sa'ad Az-Zanjani telah menyebut:


''Bersama kami di Mesir seorang lelaki yang zuhud hidupnya.Beliau diberi nama Abu Sa'id Al-Khiyat.Beliau tidak bergaul dengan orang lain dan tidak pula menghadiri majlis-majlis lain yang diadakan.Beliau hanya menghadiri majlis Ibnu Rashiq.''

Orang ramai merasa hairan dengannya lalu mereka bertanya kepadanya sebab tindakannya itu.Beliau menyatakan:

''Aku telah melihat Nabi s.a.w di dalam mimpiku.Baginda berkata: {Hadirilah majlisnya (Ibnu Rashiq) kerana ia banyak berselawat ke atasku}.



Khamis, 8 April 2010

Menjaga Pergaulan Dengan Manusia

"Hendaklah kamu bergaul dengan manusia dengan pergaulan yang baik".
(Tarmizi)

Rabu, 7 April 2010

Renung - renungkan

Segala amal dan usaha di dalam hidup adalah didorong oleh fikiran dan naluri. Di dalam naluri ada pertimbangan antara buruk dan baik, cantik dan keji.

Di kala bersedekah, elakkan menghitung keperluan diri untuk jangka waktu panjang kerana sesungguhnya ajal maut itu di tangan Allah SWT.

Bersedekahlah semasa diri masih muda, sihat dan bertenaga. Di situ terkandung rahmat Allah yang sangat besar. Elakkan bersedekah di kala hujung usia.

Di antara kejayaan akhirat ialah kekal tanpa pupus, kaya tanpa miskin, hormat tanpa hina dan bahagia tanpa duka. Inilah anugerah Allah kepada orang yang beriman.

Jadilah Orang Yang Berakhlak Mulia

"Orang mu'min yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya." (Ahmad)

Selasa, 6 April 2010

Keutamaan Menuntut Ilmu

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga"..

Kebahagiaan Anak Terletak Di Tangan Ibunya

"Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu."

Perintah Menghormati Ibu Bapa

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua ayah bonda dengan penuh kesayangan".
Surah al - Isra' ayat 24)

Sekapur sirih

Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam semoga sentiasa dilimpahkan ke atas Rasulullah SAW, kaum keluarga dan para sahabatnya yang setia.
Dalam menjalankan kehidupan sehari - hari, Rasulullah SAW mengajarkan agar kita sentiasa mengambil keberkatan dan pertolongan daripada Allah SWT. Itu sebabnya seorang muslim sentiasa mengiringi apa juga bentuk pekerjaan yang dilakukannya dengan doa - doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Kebiasaan mengucapkan doa - doa dalam setiap perbuatan menjadikan hubungan seseorang itu dekat dengan Allah. Jika kebesaran Allah sentiasa hadir dalam hati seseorang, maka terpeliharalah dirinya daripada melakukan perbuatan - perbuatan yang tidak baik.

"Selamat Beramal"




Common proverbs

Empty vessels make the most noise
(empty - headed people talk the most and make the greatest fuss)

Common proverbs

Don't count the chickens before they are hatched
(Don't be too hopeful of your chances of success)

Common proverbs

Charity begins at home
(a person's first duty is to help the member of his own family)

Isnin, 29 Mac 2010

Common proverbs

Blood is thicker than water
(the ties of relationship are real; we care more for relatives than for strangers).

Common proverbs

Common proverbs

Better late than never
(it is better to do something late than not to do it all)

Commnon

HIV hasn't gone away

About HIV and AIDS

AIDS has killed more than 25 million people worldwide since its recognition in 1981; making it one of the most destructive disease ever recorded in human history.

HIV is the virus that causes Aids. This virus can be transmitted to another person through unsafe sexual practices (without using condom) including unprotected vaginal, anal or oral sex, through sharing needle or injecting equipment and from efected mother to her baby during pregnancy, birth and breastfeeding.

AIDS is the name given to a group of illness which occur in HIV positive people as a result of a weakened immune system.

There is no cure for AIDS, which makes prevention so important. Combination of antiviral drugs that boost he immune system have allowed many people with HIV to stay healthy and prolong their lives. Although researchers are working on developing one, there is no vaccine to prevent HIV and AIDS.

HIV/AIDS the silent killer.


Puan Nor Adilah binti Samsudin,
Penolong Setiausaha Kelab PROSTAR Negeri Johor.

HIV

Khamis, 25 Mac 2010

Bermula niat dengan berfikir. Datangnya fikiran melalui renungan. Datangnya renungan dari muhasabah diri. Bermula muhasabah diri dari pembacaan dan kesedaran.

Renung - renungkan...

Di antara kejayaan diri dalam kehidupan adalah penuh kekayaan, kehormatan dan panjang umur. Namun, ia juga sebahagian dari UJIAN Tuhan.

Selasa, 2 Mac 2010

Fikirkanlah

Jangan bermusuh atau bersangka buruk sesama manusia selagi kita tidak mengenali latar belakangnya kerana itu adalah bermulanya segala dosa yang membawa kepada dengki dan khianat.

Common proverbs

Let bygones be bygones
(Forgive and forget the past)

Sekadar renungan

Hidup ini adalah suatu perjalanan. Perjalanan pula terdapat berbagai ujian. Setiap ujian itu tersirat hikmahnya. Setiap hikmah menjadi anak kunci keinsanan.

Renung-renungkan....

Jangan diri merasa rugi bila berbelanja demi untuk mencari keredhaan Ilahi. Bermula wadah ilmu itu adalah dengan fikir yang penuh dengan penghayatan dan bersedekah.

Khamis, 25 Februari 2010

SALAM MAULIDURRASUL 1431H..
SAMA-SAMALAH KITA MENYUSURI SIRAH RASULLULLAH KEKASIH ALLAH INI..

Rabu, 17 Februari 2010

Sekadar renungan

Hidup perlu ada padanya niat, maksud, berfikir dan matlamat. Bermulanya niat dengan jiwa yang tenang. ketenangan datangnya dari hati yang suci dan kasih.

Renungan bersama

Ilmu itu hanyalah suatu panduan. yang menyemarakkan ilmu itu adalah yang mengamalkannya. Ilmu yang dibaca dan diajar SAHAJA tidak bermanfaat andai ia TIDAK DIAMALKAN.

Fajar hikmah

Sesungguhnya segala ujian, godaan, gangguan dan tentangan itu diizinkan Tuhan, semata - mata mahu melihat kesungguhan dan memantapkan wadah keimanan.

Peringatan bersama...

Jangan tertipu dengan bisikan syaitan yang mahu menghuindarkan kita dari berdoa dan memohon kesejahteraan, kerana Allah SWT mengarahkan kita supaya sering meminta dan berdoa kerpadaNya.

Tazkirah

Jangan disesali dengan pengalaman pahit di dalam kehidupan kerana ia adalah satu ilmu, wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan Allah.

Renungan

Ilmu (wahyu) itu databngnya dari langit (malaikat Jibril), pengetahuan datangnya dari pembacaan dan kuliah, ilham pula dari pengamatan, renungan dan perngalaman.