Sekolah Agama Batu Anam, Jalan Sekolah Agama, 85010 Segamat, Johor Darul Takzim.

Isnin, 19 April 2010

Guru pilihan Rasulullah SAW

Ar-Rasyidul'Atar menyatakan bahawa Sa'ad Az-Zanjani telah menyebut:


''Bersama kami di Mesir seorang lelaki yang zuhud hidupnya.Beliau diberi nama Abu Sa'id Al-Khiyat.Beliau tidak bergaul dengan orang lain dan tidak pula menghadiri majlis-majlis lain yang diadakan.Beliau hanya menghadiri majlis Ibnu Rashiq.''

Orang ramai merasa hairan dengannya lalu mereka bertanya kepadanya sebab tindakannya itu.Beliau menyatakan:

''Aku telah melihat Nabi s.a.w di dalam mimpiku.Baginda berkata: {Hadirilah majlisnya (Ibnu Rashiq) kerana ia banyak berselawat ke atasku}.



Khamis, 8 April 2010

Menjaga Pergaulan Dengan Manusia

"Hendaklah kamu bergaul dengan manusia dengan pergaulan yang baik".
(Tarmizi)

Rabu, 7 April 2010

Renung - renungkan

Segala amal dan usaha di dalam hidup adalah didorong oleh fikiran dan naluri. Di dalam naluri ada pertimbangan antara buruk dan baik, cantik dan keji.

Di kala bersedekah, elakkan menghitung keperluan diri untuk jangka waktu panjang kerana sesungguhnya ajal maut itu di tangan Allah SWT.

Bersedekahlah semasa diri masih muda, sihat dan bertenaga. Di situ terkandung rahmat Allah yang sangat besar. Elakkan bersedekah di kala hujung usia.

Di antara kejayaan akhirat ialah kekal tanpa pupus, kaya tanpa miskin, hormat tanpa hina dan bahagia tanpa duka. Inilah anugerah Allah kepada orang yang beriman.

Jadilah Orang Yang Berakhlak Mulia

"Orang mu'min yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya." (Ahmad)

Selasa, 6 April 2010

Keutamaan Menuntut Ilmu

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga"..

Kebahagiaan Anak Terletak Di Tangan Ibunya

"Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu."

Perintah Menghormati Ibu Bapa

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua ayah bonda dengan penuh kesayangan".
Surah al - Isra' ayat 24)

Sekapur sirih

Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam semoga sentiasa dilimpahkan ke atas Rasulullah SAW, kaum keluarga dan para sahabatnya yang setia.
Dalam menjalankan kehidupan sehari - hari, Rasulullah SAW mengajarkan agar kita sentiasa mengambil keberkatan dan pertolongan daripada Allah SWT. Itu sebabnya seorang muslim sentiasa mengiringi apa juga bentuk pekerjaan yang dilakukannya dengan doa - doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Kebiasaan mengucapkan doa - doa dalam setiap perbuatan menjadikan hubungan seseorang itu dekat dengan Allah. Jika kebesaran Allah sentiasa hadir dalam hati seseorang, maka terpeliharalah dirinya daripada melakukan perbuatan - perbuatan yang tidak baik.

"Selamat Beramal"




Common proverbs

Empty vessels make the most noise
(empty - headed people talk the most and make the greatest fuss)

Common proverbs

Don't count the chickens before they are hatched
(Don't be too hopeful of your chances of success)

Common proverbs

Charity begins at home
(a person's first duty is to help the member of his own family)