Sekolah Agama Batu Anam, Jalan Sekolah Agama, 85010 Segamat, Johor Darul Takzim.

Selasa, 11 Mei 2010

Tazkirah Hari Ini

Tidak selamat bagi umat yag hidup di muka bumi ini tanpa berbuat kebaikan dan takut mencegah kemungkaran, maka akan datang bala bertimpa - timpa.

Jumaat, 7 Mei 2010

Permintaan Rasulullah SAW agar mengucap salam

Abu Al-Muzaffar Hanad ibnu Ibrahim an-Nasafi telah berkata : "Aku telah melihat Nabi SAW di dalam mimpi. Baginda seperti tidak mahu mempedulikan aku. Aku menghulurkan tangan kepadanya dan aku cium tangannya."

Aku berkata : "Ya Rasulullah , aku dari kalangan ahli hadith dan ahli sunnah. aku dagang."

Rasulullah SAW tersenyum melihatku dan berkata : "Apabila engkau berselawat ke atasku, kenapa engkau tidak mengucap salam?"

Selepas daripada itu aku pun menulis, "Sallallahu'Alaihi Wasallam."

Doa yang dimakbulkan

Al-Fakhani menceritakan suatu kisah daripada salah seorang soleh yang pernah memberitahunya bahawa ia telah melihat Nabi s.a.w di dalam mimpinya.

Beliau berkata : ''Ya Rasulullah, engkau telah bersabda : {Tidak ada dua orang yang berkasih sayang kerana Allah ketika bertemu akan saling berjabat tangan}

Nabi s.a.w berkata : {Mereka berdua tidak akan berpisah sehinggalah Allah mengampunkan dosa-dosa mereka berdua lalu dan akan datang. Dan doa di antara dua selawat ke atasku tidak akan ditolak}.

Sabtu, 1 Mei 2010

Kelebihan ucapan "Wasallam"

Juga daripada Abu Sulaiman Muhammad ibnu Hussein, beliau berkata : "Aku bermimpi bertemu dengan Nabi Munhammad SAW. Baginda berkata kepadaku:

'Wahai Abu Sulaiman, apabila engkau menyebutku di dalam hadith , maka berselawatlah ke atasku dan jangan lupa menyebut "Wasallam". Ia empat huruf dan setiap huruf pahalanya adalah sepuluh. Jika engkau tinggalkan bererti engkau tinggalkan empat puluh pahala.