Sekolah Agama Batu Anam, Jalan Sekolah Agama, 85010 Segamat, Johor Darul Takzim.

Sabtu, 6 Oktober 2012


Peribahasa

Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya.

Maksudnya:

Jangan menempah bala berlawan dengan orang yang lebih kuat atau bersenjata, kelak diri sendiri akan merana.

Peribahasa

Amra disangka kedondong.

Maksudnya:

Sangkaan buruk terhadap sesuatu yang sebenarnya baik.

Selasa, 2 Oktober 2012

Peribahasa

Ada rotan, ada duri.

Maksudnya:

Sebelum berjaya mencapai kesenangan terpaksalah mengharungi kesusahan terlebih dahulu.

Peribahasa

Ada nasi di balik kerak.

Maksudnya:

Apa yang disangka sudah selesai rupa-rupanya masih ada yang tinggal atau belum dihabiskan lagi.
Peribahasa

Ada gula ada semut

Maksudnya:

Di mana ada peluang untuk membuat keuntungan, di situlah orang berkumpul.

Ahad, 16 September 2012

Peribahasa

Api padam puntung berasap.

Maksudnya:

Sesuatu yang telah aman atau selesai, kini timbul atau berbangkit semula.

Sabtu, 15 September 2012

Peribahasa

Anjing ditepuk kepala, berjongket ekor.


Maksudnya:

Orang yang tidak berilmu, apabila dipuji atau disanjung akan menjadi bongkak dan angkuh.

Rabu, 12 September 2012

Peperiksaan Pertengahan Semester

Subhanallah....

cepatnya masa berlalu... peperiksaan pertengahan semester semakin menghampiri....

buku- buku belum didekati.........

Ya Allah, berilah kekuatan kepada diriku ini.... Ya Rabb.....

Ahad, 6 Jun 2010

Jenis - jenis karangan

Salleh Mohd. Akib (1975) membahagikan karangan kepada tiga jenis dan ini patut diketahui oleh tiap - tiap orang guru bahasa:
- karangan lisan
- karangan bertulis
- karangan terkawal

Aktiviti -aktiviti lisan dalam P&P Bahasa Melayu

Aktiviti - aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temubual dan lain - lain seumpamanya adalah bentuk - bentuk aktiviti yang membolehkan murid - murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan sehari - hari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri - ciri prosodi dapat dipraktikkan.
Aktiviti - aktiviti di atas bolehlah dijadikan rangasangan atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas.


Selasa, 1 Jun 2010

common proverbs

Charity begins at home
(a person 's first duty is to help the member of his own family).

Common proverbs

Blood is thicker than water
(The ties of relationship are real: we care more for relatives than for strangers)

Selasa, 11 Mei 2010

Tazkirah Hari Ini

Tidak selamat bagi umat yag hidup di muka bumi ini tanpa berbuat kebaikan dan takut mencegah kemungkaran, maka akan datang bala bertimpa - timpa.

Jumaat, 7 Mei 2010

Permintaan Rasulullah SAW agar mengucap salam

Abu Al-Muzaffar Hanad ibnu Ibrahim an-Nasafi telah berkata : "Aku telah melihat Nabi SAW di dalam mimpi. Baginda seperti tidak mahu mempedulikan aku. Aku menghulurkan tangan kepadanya dan aku cium tangannya."

Aku berkata : "Ya Rasulullah , aku dari kalangan ahli hadith dan ahli sunnah. aku dagang."

Rasulullah SAW tersenyum melihatku dan berkata : "Apabila engkau berselawat ke atasku, kenapa engkau tidak mengucap salam?"

Selepas daripada itu aku pun menulis, "Sallallahu'Alaihi Wasallam."

Doa yang dimakbulkan

Al-Fakhani menceritakan suatu kisah daripada salah seorang soleh yang pernah memberitahunya bahawa ia telah melihat Nabi s.a.w di dalam mimpinya.

Beliau berkata : ''Ya Rasulullah, engkau telah bersabda : {Tidak ada dua orang yang berkasih sayang kerana Allah ketika bertemu akan saling berjabat tangan}

Nabi s.a.w berkata : {Mereka berdua tidak akan berpisah sehinggalah Allah mengampunkan dosa-dosa mereka berdua lalu dan akan datang. Dan doa di antara dua selawat ke atasku tidak akan ditolak}.

Sabtu, 1 Mei 2010

Kelebihan ucapan "Wasallam"

Juga daripada Abu Sulaiman Muhammad ibnu Hussein, beliau berkata : "Aku bermimpi bertemu dengan Nabi Munhammad SAW. Baginda berkata kepadaku:

'Wahai Abu Sulaiman, apabila engkau menyebutku di dalam hadith , maka berselawatlah ke atasku dan jangan lupa menyebut "Wasallam". Ia empat huruf dan setiap huruf pahalanya adalah sepuluh. Jika engkau tinggalkan bererti engkau tinggalkan empat puluh pahala.

Isnin, 19 April 2010

Guru pilihan Rasulullah SAW

Ar-Rasyidul'Atar menyatakan bahawa Sa'ad Az-Zanjani telah menyebut:


''Bersama kami di Mesir seorang lelaki yang zuhud hidupnya.Beliau diberi nama Abu Sa'id Al-Khiyat.Beliau tidak bergaul dengan orang lain dan tidak pula menghadiri majlis-majlis lain yang diadakan.Beliau hanya menghadiri majlis Ibnu Rashiq.''

Orang ramai merasa hairan dengannya lalu mereka bertanya kepadanya sebab tindakannya itu.Beliau menyatakan:

''Aku telah melihat Nabi s.a.w di dalam mimpiku.Baginda berkata: {Hadirilah majlisnya (Ibnu Rashiq) kerana ia banyak berselawat ke atasku}.