Sekolah Agama Batu Anam, Jalan Sekolah Agama, 85010 Segamat, Johor Darul Takzim.

Rabu, 7 April 2010

Renung - renungkan

Segala amal dan usaha di dalam hidup adalah didorong oleh fikiran dan naluri. Di dalam naluri ada pertimbangan antara buruk dan baik, cantik dan keji.

Di kala bersedekah, elakkan menghitung keperluan diri untuk jangka waktu panjang kerana sesungguhnya ajal maut itu di tangan Allah SWT.

Bersedekahlah semasa diri masih muda, sihat dan bertenaga. Di situ terkandung rahmat Allah yang sangat besar. Elakkan bersedekah di kala hujung usia.

Di antara kejayaan akhirat ialah kekal tanpa pupus, kaya tanpa miskin, hormat tanpa hina dan bahagia tanpa duka. Inilah anugerah Allah kepada orang yang beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan